PROGRAM DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA CETAK
Sesi pra-penilaian projek akhir Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Teknologi Media Cetak telah berlangsung di KL Gateway Mall pada hari Jumaat, 21 Oktober 2022. Panel Industri Grafik terdiri daripada pihak MDEC, manakala bagi panel industri teknologi media cetak terdiri daripada Pengarah Urusan Sarman Printing dan Pengurus Enad Valley Printing.
PAMERAN MURAL COLOR OF MALAYSIA POLYCC SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022 DI MENARA KPT
16 Ogos 2022, Putrajaya - Pameran Mural On Board bertemakan 'Color Of Malaysia' POLYCC sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 telah dihasilkan oleh Politeknik Muadzam Shah (PMS) dengan kerjasama Bahagian KHidmat Pengurusan serta UKK, JPPKK. Projek ini melibatkan 29 orang pensyarah dan diselia oleh Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Puan Zahana Mohd Yusoff.
Mural ' Color Of Malaysia' telah menjadi tarikan pengunjung di Menara KPT untuk sesi bergambar, YBrs. Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut meluangkan masa meninjau dan bergambar bersama-sama pasukan projek yang terlibat.
Gambar kenangan staf Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual pada tahun 2019 bersama Ketua Jabatan, En Zamzuri.
2 Jun 2022 - Seramai 3 orang pelajar dari Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual telah terpilih diantara to 30 dan seorang daripadanya mendapat tempat ke 4 dalam keseluruhan ACP Championship Malaysia Design Compitition yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Apa yang membanggakan ialah daripada 80 buah IPT di seluruh Malaysia, Politeknik Muadzam Shah telah mendapat tempat ke 4. Pelajar juga telah diberi certificate adobe professional.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Program penilaian dan sesi penutupan Viscom Kolokium 5.0 bagi Sesi 2 2021/2022 melabuhkan tirainya pada 19.05.2022 di dewan Auditorium JRKV. Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja dan Jawatankuasa Pelajar dalam menjayakan program berkala Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual.
"Setiap pertempuran harus dihadapi dengan berani. Jadilah pejuang sejati. Jangan mudah mengibarkan bendera putih tanda menyerah. Kamu harus berjuang memenangi setiap pertempuran itu walau apa pun peperangan yang kamu hadapi"