Tuesday, January 18, 2022

PROGRAM CSR DI SK MUADZAM JAYA

 

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan program CSR di Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya. Program melukis mural di dinding sekolah ini melibatkan seramai 50 orang pelajar dan pensyarah dari JRKV. Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail turut hadir menjayakan aktiviti melukis mural yang mengambil masa selama 2 hari untuk disiapkan. Turut hadir ialah Guru Besar SK Muadzam Jaya, Puan Yusmaliza Haji Yusuf.




Monday, January 10, 2022

IKON BAHARU MUADZAM SHAH

 

Dalam usaha mewujudkan produk tarikan di Bandar Muadzam Shah di sini, sekumpulan pelajar Politeknik Muadzam Shah dari dua jabatan iaitu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual bersama Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah berganding bahu untuk menghasilkan lukisan dinding yang kini menjadi trend di beberapa bandar lain dalam negara ini.

Hasil lukisan seni ini diberi nama Tembok Muadzam yang kini sudah mula menjadi tarikan penduduk setempat yang berkunjung untuk sesi bergambar. Koodinator Projek, Irma Nur Syahirin Ali Zaini, 21 berkata, projek lukisan yang melibatkan pelbagai konsep seperti doodle art, mural dan 3D tersebut telah berjaya disiapkan dalam masa lima hari setelah diberi kebenaran oleh Majlis Daerah Rompin (MDR).

Pada mulanya idea menjalankan projek ini timbul setelah berbincang dengan sembilan rakan lain yang mahu mencari sesuatu yang mampu menjadi tarikan supaya bukan sahaja untuk penduduk setempat tetapi pelancong tempatan dan luar berkunjung ke sini.

"Tidak sangka pula mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak MDR dan pelajar JRKV yang akhirnya projek Tembok Muadzam ini berjaya disiapkan. Saya lihat kini ia mula menjadi tarikan bagi penduduk setempat bersantai mengambil gambar," katanya kepada Sinar harian.

Menurutnya lagi, lebih berasa puas setelah ia disiapkan kerana semua yang terlibat terpaksa mengeluarkan wang sendiri dan dikumpul untuk membeli cat serta peralatan dengan anggaran kos sebanyak RM 2,000.00. Sambutan dan respons yang sangat baik diberikan oleh masyarakat setempat setakat ini turut menjana semangat positif dan tidak mustahil akan ada lagi projek sebegini pada masa akan datang.

Semestara itu, Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah turut berbangga dan gembira dengan usaha pelajar yang mencipta sesuatu dalam usaha menghasilkan produk yang mampu menjadi tarikan pelancong ke Muadzam Shah.




DOODLE ART PMS MENGELILINGI STADIUM DARUL MAKMUR

 

Tanggal 13 Oktober 2014 menyaksikan sejarah tercipta apabila Doodle Art sepanjang 528.8 meter yang dihasilkan oleh para pelajar dan pensyarah dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah diiktiraf sebagai Doodle Art terpanjang di Malaysia.

Rentetan dari kejayaan tersebut, malam tadi menyaksikan satu lagi sejarah baru bagi Politeknik Muadzam Shah apabila Doodle Art berkenaan gah menghiasi padang Stadium Darul Makmur sempena perlawanan separuh akhir kedua diantara Kedah vs Pahang. Perlawanan berkenaan berkesudahan dengan Pahang menewaskan Kedah dengan jaringan 5-0 (agregat 6-3). Tahniah buat pasukan Pahang.

KEJAYAAN PMS - DOODLES ART TERPANJANG

 

Lukisan 'Doodle Art' yang terpanjang di Malaysia telah pun dihasilkan oleh 348 orang pelajar dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah yang telah direkodkan di dalam malaysia Book of Records. Ianya sepanjang 528.8 meter dan 0..7 meter tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan cat dan pen selama lima hari. Pelajar-pelajar yang terlibat mengambil jurusan Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Teknologi Media Cetak telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi di dalam menghasilkan lukisan ini.
Doodle Art merupakan lukisan yang dilukis secara spontan dengan contengan kasar yang sangat unik dimana ianya melibatkan lakaran contengan tanpa memikirkan sesuatu yang berat. Tema lukisan tersebut ialah "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" yang mula dihasilkan sejak 24 September dengan memaparkan soal perpaduan, keagamaan dan kebudayaan masyarakat Malaysia.




DOODLES ART TERPANJANG DI MALAYSIA

 

Seni Doodle adalah suatu lukisan yang dilakukan tetapi unik kerana akan terhasil lukisan yang lain daripada yang lain. Seni Doodle juga boleh ditafsirkan sebagai lakaran contengan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan sesuatu perkara yang berat. Seni Doodle telah diperkenalkan sebagai salah satu aliran seni bersifat umum serta idea kreatif yang diterjemahkan secara spontan dalam bentuk lukisan. Motif lukisan selalunya terdiri daripada landskap, watak komik, televisyen, corak geometri dan organik serta abstrak dan apa sahaja yang terlintas difikiran.

Program untuk menghasilkan rekod lukisan Seni Doodle terpanjang di Malaysia adalah hasil cetusan idea daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah yang juga merupakan salah satu IPTA dan salah satu politeknik yang menawarkan program seni grafik sekaligus dapat memperkenalkan JRKV dan PMS secara tidak langsung.
Lukisan seni Doodle terpanjang ini juga merupakan kajian lapangan pelajar-pelajar JRKV bagi kursus Fundamental of Art & Design, Fundamental of Drawing dan Illustration. Selain daripada itu , program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama yang lebih erat dikalangan bakat-bakat muda iaitu pelajar-pelajar JRKV sendiri dengan para pensyarah dalam berkongsi idea sepanjang proses penghasilan lukisan seni Doodle terpanjang ini. Program seumpama ini juga diharapkan dapat meningkatkan nama PMS dalam melahirkan dan seterusnya menggilap bakat-bakat muda yang bakal menyumbang dalam industri kreatif khususnya di Malaysia.



TENAGA PENGAJAR JRKV 2023

 PROGRAM DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA CETAK